Sunday, November 8

hemah hemoh

kau tau perasaan bila kau dapat dengar orang mengerang sakit sampai kau dapat rasa sakit yang dia tanggung? aku. ngilu. sakit dada. sebab tu citacita dari kecil terbubar dan tertukar. alasan tambahan, aku ngilu dengan darah. lagi pula darah sendiri. sungguh.



dulu, pernah aku hampir terputus jari sebab tersalah cara cuci parang. kau ingat buat kunci kirakira saja ada cara. cuci kain buruk pun harus ada gaya. balik kepada cerita. aku sedar terpotong jari lepas habis cuci. dan nampak darah. belum rasa sakit nya. aku cuma ngilu dan mengitai. habis satu kawasan sinki dan sebahagian dapur bertitis darah. aku ngilu lagi bila mak usul ke hospital. sanggup aku sorok jari berpura lena bila ayah pulang. aku ubat sendiri. minyak gamat aku sapu, jari aku ikat matikan darah nya dengan kain. dari pura lena, aku tertidur sehingga subuh, baru teringat jari nan sakit. nah. aku bukan mahu bercerita perihal diri.



aku duduk menyewa di sini baru hampir 4 bulan. kemalangan sudah 3 berlaku, berhampiran. lantas dari bunyi aku menyaksi hingga sudah. dari yang pertama hingga terbaru ini. aku belum mampu membantu.



2kejadian sebelum ini belum ada yang sengeri tadi. aku cuma mendengar enjin kereta nan laju. dup. terdengar bunyi hentakan kuat dan benda terjatuh dari lambungan. kau pikir apa? dua penunggang motor yang aku yakin pelajar, mungkin baru pulang dari dewan periksa. seorang di bahu jalan. seorang di atas jalan. yang aku dengar jelas, teriakan yang di tengah jalan berteriak 'setan'. sedih. dalam pada sakit, walau kau marah yang amat, bukankah lagi mulia di sebut Pencipta yang agung dari makhluk yang dilaknat. yang terbaring di bahu jalan. diam. tidak bergerak. tidak berteriak. pemandu kereta? aku tidak dapat mengagak. dengan daya penglihatan yang semakin kabur, dengan kelompok orang yang makin berpusu. aku tidak tahu mana satu pemandu kereta tersebut. cuma baiknya dia tidak terus lari. itu sahaja.




beberapa minit ketika. orang ramai bertindak membantu menghantar dua pelajar ke pusat kesihatan berhampiran. baik kereta tersebut hilang dari pandangan. terdengar siren ambulans. bukan pertama kali mereka lewat jika ada kejadian. entah kali keberapa. huh?



aku cuma mengagak, punca mungkin dari kelajuan honda tersebut. sebab dengar bunyi enjin saja kau sudah mahu menyumpah. cara berhenti juga menunjuk kau yang bersalah.



kesayangans, memandu biar berhemah. aku juga. kadang tersasar. tapi apapun, seeloknya terletak diri didalam kenderaan, bismillah la sekurangkurangnya. mohon la perjalanan dalam peliharaNya. Inshaallah.



p/s: tiba rindu saat bersiar bersama keluarga, lagi rindu terngiang suara si bongsu membaca doa.


mak, ayah, akak pulang lagi selasa nanti, boleh ya? akak pasti rindu.
Ya Allah, berilah aku ketabahan.T________T

4 jiwa:

nuraain sajali said...

sila tabahkan diri ya!!!! hehe

i'm shy said...

jika semampu kata.hu~

ungu violet said...

urhh. ngilu satu badan!!!

i'm shy said...

tula. yang tgok dah gegel. yang baca dah ngilu. yang kena?? hm~